Rabu, 27 Oktober 2010

Dia bukan pejuang

Dia ingin berjuang dan menjadi pejuang
Tapi takut akan hilang harta dan wang
Takut hilang orang tersayang...

Dia mahu menuntut keadilan
Melerai marah dan hati yang terkilan
Tapi sayang tak mampu melawan...

Walaupun rasa terus memberontak
Dari hujung kaki hingga ke otak
Bagai merapi yang menggelegak..

Kini dia hanya memerhati
Dengan penuh kekesalan dihati
Pejuang berjuang separuh mati...

Dia bertanya pada diri sendiri
Adakah akan terus kekal begini?
Atau mula membaiki diri?

Sebelum berjuang siapkan senjata
Tidak lupa ilmu didada
Tinggalkan orang tersayang dengan harta...

Di atas alam sedar dan benar
Seorang Dia memang sedar
Dia bukan pejuang sebenar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan